Pengasas homeopathy, Samuel Hahnemann telah dilahirkan di Meissen berhampiran Dresden, Jerman pada 10 April 1755. Beliau mendapat ijazah perobatannya pada tahun 1779. Ketika berkhidmat sebagai doktor di beberapa buah bandar, Hahnemann tidak lupa memahirkan diri dengan mempelajari berbagai jenis bahasa baru dan lama, dan juga ilmu kedoktoran silam. Selain daripada menjadi seorang doktor, beliau juga terkenal sebagai pakar kimia, ahli mineralogy dan botani, dan beliau juga dianggap sebagai seorang ahli sains yang serba berkebolehan.

Berdasarkan kepada pembacaan dan pemerhatian Hahnemann ke atas sistem rawatan pada masa itu dan yang terdahulu, beliau begitu tertarik kepada tindak balas keobat-obatan di dalam menyembuhkan penyakit. Kajian yang tertumpu kepada kesan kulit pokok Cinchona (kulit kayu Quinine atau Peruvian) ke atas penyakit malaria karena penyakit berkenaan merebak luas ketika itu dan antara yang paling berbahaya. Walaupun ada penulisan di masa itu berhubung kuasa penyembuhan kulit pokok Chinchona. Tetapi Hahnemann tidak begitu berpuas hati dan mengambil keputusan untuk membuat ujian sendiri ke atas manusia yang sehat yaitu dirinya sendiri. Hasilnya, selepas mengambil dos kulit pokok berkenaan secara berterusan, beliau mendapati simptom (gejala) malaria pada dirinya seperti kesejukkan, panas, dan berpeluh serta gejala-gejala sampingan lain. Dengan lain perkataan, kulit pokok Cinchona yang digunakan sebagai penawar obat untuk menyembuhkan malariajuga memberikan kesan gejala yang sama jika diberikan secara berterusan kepada manusia yang sehat.

Penemuan prinsip rawatan ini yang disebut “similia similibus curentur’’ di dalam bahasa latin atau ‘’sesuatu yang serupa menyembuhkan yang serupa’’ menandakan permulaan satu falsafah perobatan baru yang akan membawa kesan besar kepada dunia perobatan.

Kajian demi kajian telah dilakukan oleh Hahnemann bersama teman seperjuangannya dan akhirnya beliau berjaya membukukan falsafah perobatan homeopathy di dalam bukunya yang terkenal bertajuk ‘’organon’’, dan diikuti kemudian dengan terbitnya buku ‘’materia medica pura’’.

Kemajuan homeopathy berjalan dengan pesat dengan banyak lagi penemuan baru dan penerbitan buku-buku panduan, dan telah berkembang ke serata dunia dan terus di populerkan sebagai rawatan alternatif penting hari ini.

Hahnemann meninggal dunia di Paris pada tahun 1843 dengan meninggalkan mutiara yang amat berharga, satu falsafah dan kaedah rawatan yang begitu banyak bermanfaat kepada kesehatan manusia sejagat sepanjang zaman. (Nuni)

Advertisements